Effect

Tuesday 22 April 2014

Angka korban feri karam meningkat kepada 104 orang

Bilangan korban yang disahkan dalam nahas feri Korea Selatan melepasi 100 hari ini, tetapi hampir sekali ganda masih hilang selepas hampir seminggu usaha mencari dan menyelamat.
Angka korban rasmi yang diberikan pengawal pantai ialah 104 orang dengan 198 yang lain masih hilang. 
Feri Sewol seberat 6825 tan itu membawa 476 orang, sebilangan besarnya pelajar sekolah, ketika ia karam rabu lalu.
AHLI keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas feri Sewol melihat ke arah laut sambil di sebelah mereka kelihatan seorang sami yang berdoa untuk mangsa di pelabuhan Jindo.