Effect

Sunday 23 March 2014

KL antara diumum kawasan larangan pembakaran terbuka

Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya diumum sebagai kawasan terbaharu larangan pembakaran terbuka ekoran jerebu teruk ketika ini. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan di sini berkata,larangan pembakaran terbuka itu yang berkuatkuasa serta merta sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu, bagaimanapun dikecualikan bagi pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar (flaring). Katanya, mereka yang sabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Malaysia amat hargai bantuan Jepun dalam operasi mencari MH370

Malaysia amat menghargai bantuan Jepun dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kata-kata semangat diberikan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri Jepun itu turut menyatakan penghargaannya terhadap kepimpinan Najib dalam menangani situasi sukar itu dan memaklumkan kesediaan Jepun untuk terus menyokong usaha Najib.

Wednesday 19 March 2014

61 calon STPM Pulau Pinang dapat PNGK 4.0

Sebanyak 61 pelajar daripada 3,637 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 mendapat Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 dengan pencapaian MIN negeri meningkat kepada 2.66 berbanding 2.53 tahun lalu.

Paras air empangan di Selangor masih kritikal walaupun hujan

Paras air di semua empangan di Selangor masih berada di paras kritikal walaupun berlaku hujan di negeri ini sejak beberapa hari lalu.
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md. Khairi Selamat berkata, tiada peningkatan kapasiti air di keenam-enam empangan di negeri itu kerana kadar hujan yang masih kurang dan tidak memberikan kesan yang signifikan kepada kapasiti empangan.
Katanya, kapasiti Empangan Sungai Selangor misalnya masih berada pada tahap 30 peratus bersamaan 69 juta meter padu, manakala Empangan Klang Gates mengalami sedikit peningkatan daripada 51.16 peratus kepada 51.30 peratus hari ini.


Tuesday 18 March 2014

Kehilangan MH370

Sebuah pesawat Malaysia Airline yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, pada hari 3/7/2014.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal. 
Malaysia Airline dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6:30 pagi.
"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.
Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang